6 Tempat makan BEST di Melaka

Satu kesimpulan yang boleh dibuat, pilihan JJCM TV 3 tentang kedai-kedai makan best di Melaka ini memang mempunyai tarikan yang unik dan susah nak dapat di restoran di negeri lain. Unik memang unik. Tapi rasa macam mana tu? 🙂

Destinasi-destinasi makan di bawah ini juga kebanyakannya menyediakan makanan orang Negeri Melaka. Tidak seperti di Jalan Jalan Cari Makan di KL, kebanyakannya menyediakan masakan ala-ala western. Kurang tarikan makanan tradisi negeri. Jom kita lihat 6 tempat makan yang popular dan menarik di Melaka yang menjadi pilihan Jalan Jalan Cari Makan di Melaka.

 

Roti Canai Kayu Arang

roti canai kayu arang melaka

Seperti nama kedai ini, kita sudah boleh agak apa yang menjadikan kedai makan ini unik dan menarik. Kebiasaannya roti canai di mamak atau kedai dimasak di atas dapur gas, berbalik pula di Kedai Roti Canai Kayu Arang ini, mereka mengekalkan cara tradisional dengan menggunakan kayu arang.

Kalau buat sate atau satar, memang wajib dibakar atas arang dan bukannya menggunakan dapur gas kerana asap dan rasa arang itulah yang menjadi penambah rasa dan membuat sate dan satar jadi sedap ! Dan yang menariknya di sini, penebarnya bukannya lelaki, tetapi wanita.

Kedai makan ini nampak macam biasa seperti warung-warung lain, tapi popular sehingga masuk JJCM TV3 ! Selain roti canai, di sini juga menyediakan juadah lain seperti nasi lemak kukus berlauk, soto, lontong, ayam goreng berempah serta kuih muih tradisional.
Roti Canai Kayu Arang
Lot N/T 461 Jalan Malim,
Bachang 75250 Melaka.
016-6612434

Restoran Nasi Beriani Haji Tamby

jalan jalan cari makan melaka tv3

Restoran ini menjadi warisan perniagaan daripada keluarga Haji Thamby sejak dahulu lagi. Kini anaknya saudara Muhammad Nazli mengambil alih perniagaan ini daripada arwah Haji Thamby dan mengekalkan menu utama restoran ini iaitu nasi beriani lah !

Warung dia sempoi jer macam kedai-kedai makan lain, tak seperti di kedai Nasi Beriani di Ampang yang popular tu, siap ada aircond dan harga pun mahal sikit daripada kat sini.

nasi beriani sedap melaka best

minum air sirap bandung secara percuma

Selain nasi beriani ada juga hidangan lain yang nampak sedap dan menarik seperti Nasi Arab Mandy, murtabak dan roti tisu. Dan kalau datang hari Jumaat, boleh minum air sirap bandung secara percuma ! Dan harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dalam RM 10 je. Bukan macam sesetengah kedai nasi beriani, kedai je lawa tapi rasa hampeh dan kalau makan untuk seorang memang tak kurang RM 10 !

Selain memberi air bandung percuma, nasi putih dan nasi beriani pun adakalanya diberi percuma. Pelanggan cuma bayar untuk lauk sahaja. Patutlah saudara Muhammad Nazli ini murah rezeki dalam perniagaan. Amalan sedekah salah satu cara nak menjemput rezeki dengan mudah. Ustaz selalu cakap, kalau nak kaya, banyakkan sedekah ! Memang terbukti !

nasi beriyani haji thamby melaka

Setiap hari 2 periuk besar nasi beriani boleh habis ! Tengok sajalah berapa punya besar periuknya dan banyak kari kambing nasi beriani sekali masak ! Sekali tengok macam Nasi Pakistan yang di Bukit Bintang pun ada. Sama warnanya.

restoran yang best sedap melaka

Antara satu lagi menu kegemaran yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah Murtabak Cheese ! Tangkap leleh sekali tengok gambar murtabak di atas ! Dua kali tengok tangkap lentok ! 🙂

Restoran Nasi Beriani Haji Tamby
No 69, Jalan PJI,
Taman Pertam Jaya
75750 Padang Temu, Melaka.
016-9129666

Barkat Roti John Asli dan Ayam Golek

kedai makan menarik di melaka

hanya si John yang tahu

Kebiasaan roti john hanya dijumpai di pasar malam dan bazar Ramadhan. Tak sangka pulak ada kedai makan yang memang menu utamanya roti john. Sejauh mana asli roti john ini hanya si John yang tahu.

Selain roti john, di sini ada juga menyediakan menu lain seperti ayam golek. Kedai ini memang dah lama bertapak di sini sejak tahun 80an lagi. Setiap hujung minggu mesti menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati keenakan roti john dan ayam golek serta sos yang sedap.

makan malam tengahari best melaka

Kalau di pasar malam, roti john biasanya dimasak di atas kuali besar seperti macam buat burger di samping dengan bancuhan telur pukul serta mayonisnya. Itu di pasar malam tapi di Barkat Roti John Asli ni, roti johnnya dibakar di dalam ketuhar dan sos (topping) atas dia pun lain daripada biasa.

Kalau makan roti john dan ayam pun tak kenyang, di sini juga ada menyediakan menu lain seperti nasi, asam pedas dan masakan panas. Datang jauh-jauh ke Melaka tapi order masakan lain apa hal bro? Roti John la !

Barkat Roti John Asli
No 26-1, Jalan BU4A,
Taman Bachang Utama,75350
Melaka.
019-6591015

Qasreena Cafe

restoran yang sedap di melaka

Pilihan tempat makan yang menarik di Melaka pilihan Jalan Jalan Cari Makan yang seterusnya ialah Qasreena Cafe atau dahulunya dikenali Restoran Pokok Ceri sebab depan kedai ni ada pokok ceri. Terletak di Taman Puncak, Bukit Katil

Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dari pukul 8 pagi sehinggalah ke 11.30 malam. Cafe Qasreena ni mempunyai deko dalaman yang ala-ala English sikit. Unik tempat makan dia, macam mana pula dengan makanan dia sehingga masuk JJCM ni?

restoran jjcm tv3 yang terkini melaka

Menu utama yang menjadi trademark di cafe ini ialah Mee Racun ! Nama racun ditambah kat mee basah/hainan ni kerana rasa dia pedas tahap gaban menyegat lidah. Biasalah orang Melaka ! Tak makan pedas sehari takkan orang Melaka namanya.

Rasa dia bukanlah seperti masakan Cina Halal yang memang tak pedas dan lebih manis kalau nak dibandingkan dengan mee racun ni. Kalau tak tahan pedas jangan makan mee racun ni, nanti telinga berasap.

makanan yang sedap di melaka

pizza aladin

Menu lain yang juga menjadi tarikan di sini ialah nasi bubur beserta sambal, bilis goreng dan ikan masin. Pelik-pelik juga nama menu makanan di sini seperti Kuey Teaw Kungfu Hustle, Pizza Aladdin, Nasi Goreng Colloseum dan Mee Basah di Puncak (gayat nak makan ni).

destinasi makan best di melak

Minuman-minuman di sini juga nampak menarik dan nama dia pun sedap didengar seperti Rose Float, Milo Volcano, Mango Madness dan sebagainya. Kata penguat untuk setiap minuman membuatkan kita rasa ” cam best jer, cam menarik jer ”

Qasreena Cafe
No 15, Jalan Puncak 2,
Taman Puncak Bukit Katil,
75450 Bandar Melaka.
013-3477404

Restoran Mohd Aini

barkat roti john melaka

Restoran ini meyediakan masakan panas seperti di tempat lain jugak. Dan menu utama yang menjadi rekemen di dalam JJCM TV 3 ialah Roti John Melaka. Katanya lain daripada yang lain. Makanan lain yang menarik di sini ialah yong tau fu, asam pedas dan roti canai.

asam pedas pari best melaka

Seperti kebanyakan kedai lain di Melaka, di sini juga ada menyediakan masakan asam pedas ala Melaka. Dan ikan yang digunakan ialah ikan kembung dan juga pari. Nampak macam menarik asam pedas dia tapi boleh ke lawan asam pedas kat Aida RIch Cafe?

1846 Jalan Kampung Teluk,
Kampung Bukit Beruang,
Bukit Katil,
75450 Melaka
019-6292728

Aida rich cafe

 

Asam Pedas Melaka !! Apa lagi makanan yang sinonim di Melaka. Kalau di Kelantan ada Nasi Kerabu di Melaka ada Asam Pedas. Kalau di Ayer Keroh ni, Aida Rich Cafe lah antara kedai yang paling top.

Selain asam pedas, Aida Rich Cafe juga menyediakan makanan ala western, nyonya dan masakan panas. Lihat pada menu di sini memang sangat-sangat menarik membuatkan kita kecur air liur.

jjcm tv3 melaka

western dia boleh lawan chef zubir ke ni?

aida rich cafe melaka

Antara menu western yang menjadi pilihan pelanggan di sini ialah beef tenderloin, lasagna, fruit chicken salad, sweet salmon salad dan sebagainya. Sekali tengok macam best tapi boleh ke lawan kesedapan steak dan western food di Laman Grill Shah Alam yang disediakan oleh Chef Selebriti dalam rancangan MasterChef iaiatu Chef Zubir.?

makanan tradisional menarik melaka

Makanan tradisional Melayu pun ada antranya pulut hitam bersama santan kelapa ini. Memang nampak sangat hitam ! Dan menawan.

 

kedai makan yang sedap menarik melaka

Bagi masakan baba dan nyonya Melaka pula, lauk yang popular di sini ialah Ayam Pongteh bersama nasi putih. Bagi yang tak tahu macam mana rasa dia, masakan Ayam Pongteh menggunakan ramuan seperti kicap, tauchu, kicap pekat, gula dan beberapa lagi bahan.

Apa lagi, alamat dah ada, idea nak makan apa pun dah ada, jadi salin, masukkan dalam waze dan selamat memburu makan !

No 54, Jalan TU 42,
Taman Tasik Utama
75450 Ayer Keroh Melaka
012-6793811

Pilihan kedai makan oleh JJCM di Melaka lebih kepada populariti

Secara umumnya 6 senarai ini merupakan tempat makan yang best yang sudah lama bertapak di Melaka dan mungkin kerana popularitinya yang terbina sejak dahulu lagi yang menjadikan senarai tempat makan ini menjadi pilihan JJCM TV3? Atau pun mungkin memang sebab rasa dia yang unik dan best? Apa-apapun setiap orang mempunyai selera tersendiri, jadi datang dan rasa sendiri lah ! Kalau cuti cuti satu Malaysia di Negeri Melaka jangan lepaskan peluang menikmati masakan yang sedap di destinasi makan-makan pilihan Jalan Jalan Cari Makan ini.