Tarikan Pelancongan Taman Tema, Hiburan Keluarga di Melaka

Bercuti ke mana mana destinasi di setiap negeri sudah tentu tarikan seperti taman tema, hiburan keluarga dan galeri menarik yang akan menjadi pilihan hati untuk melawat apatah lagi kalau bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Mujurlah, sejak tempat tarikan pelancongan di Melaka yang bersejarah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara maka bercambah-cambahlah pembinaan taman tema, resort dan tarikan hiburan keluarga yang ada di sini.

Kalau di Melaka, memang agak banyak pilihan destinasi pelancongan sebegini yang ada dan di bawah ini merupakan kesemua tarikan yang menyeronokkan untuk bersuka ria bersama keluarga dan juga anak-anak.

 

17 destinasi hiburan mesra keluarga untuk dilawati di Melaka

a famosa resort melaka
Taman Tema Air A’Famosa Resort
– Satu tempat menarik di Melaka yang sangat sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak. Taman tema air di sini sememangnya sangat menarik untuk datang bersama keluarga baik kanak-kanak dan juga dewasa. Pilihan gelongsor air, water slide atau permainan air di sini memang banyak dan salah satu gelongsor yang paling menjadi tumpuan ialah high speed water slide yang sangat curam dan tinggi dan pasti membuatkan jantung anda berdegup kencang keseronokan ketika meluncur laju ke bawah.

melaka wonderlands water theme park
Melaka Wonderland
– Satu lagi taman tema air yang terletak di Hang Tuah Jaya, MITC Ayer Keroh, Melaka yang turut menjadi pilihan pengunjung untuk bermain air dengan keluarga dan bagi mereka yang nak bermalam di sini juga terdapat resort yang bervariasi pilihan bilik. Permainan dan gelongsor air di sini juga agak banyak dan mencabar sesuai untuk golongan belia dan dewasa. Pastikan anda buat tempahan awal-awal kalau ingin menginap di sini untuk mendapatkan harga yang lebih murah terutamanya waktu-waktu cuti semester/ sekolah.

bayou lagoon melaka taman tema
Bayou Lagoon Park Resort
– Bagi mereka yang ingin bercuti dengan anak-anak atau mencari destinasi untuk aktiviti teambuilding, apa kata ke sini. Resort ini mempunyai kolam dan beberapa gelogsor air yang sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu terdapat juga pilihan aktiviti sukan air yang sesuai untuk rekreasi outdoor seperti water baloon race, chopstick crazy, giant slipper dan sebagainya.

tarikan terbaru di melaka melancong
Melaka Alive
– Konsep persembahan kebudayaan dan sejarah Melaka yang menggabungkan elemen teater dan teknologi terkini untuk menceritakan kepada penonton tentang sejarah kegemilangan negeri Melaka. Satu lagi tarikan terbaru yang diperkenalkan pada tahun 2015 yang juga boleh di dapati di sini ialah Pirate Adventure. Satu destinasi indoor yang sesuai untuk anda datang bersama dengan anak-anak pada musim cuti sekolah di Melaka.

melaka river pirate park
Melaka River Pirate Park
Satu tempat menarik di Melaka pada waktu malam yang popular dan merupakan sebuah taman tema yang ada di tepi Sungai Melaka yang menempatkan beberapa permainan menarik seperti Ferris Wheel , Flying Fox, Pirate Ship, Rock Climbing, Bungee Trampoline, Mad Cow dan Haunted Castle. Sesudah menikmati makan malam mungkin di medan ikan bakar bolehlah pula singgah di sini untuk menghabiskan waktu malam anda di Melaka.

taman rekreasi taman buaya melaka
Taman Rekreasi Air di Taman Buaya
– Di dalam taman buaya terdapat beberapa tarikan menarik untuk dilawati dan salah satunya adalah taman rekreasi air ini iaitu merupakan sebuah taman tema mini yang sesuai untuk kanak-kanak bermain air. Di sini juga terdapat beberapa permaianan air serta gelongsor berlingkar yang lebih sesuai untuk kanak-kanak dan remaja. Bagi yang dewasa dan inginkan permainan gelongsor air yang lebih mencabar, anda boleh ke Taman Tema Air di A’ Famosa Resort.

aktiviti menarik di melaka yang best
Taman Tema Air Laman Tiga Budaya
– Sebuah taman tema air yang terletak di Lama Tiga Budaya, Asahan. Kolam dan taman tema airnya tidaklah sebesar di Melaka Wonderland ataupun di A Famosa Resort Water Park dan destinasi ini lebih mesra untuk kanak-kanak. Sesuai sebagai satu tempat menarik di Melaka untuk dilawati bersama keluarga yang masih mempunyai anak-anak kecil sambil melepaskan keinginan mereka untuk mandi manda serta bermain air.

melaka planetarium ayer keroh
Melaka Planetarium Adventure Science Centre
– Satu destinasi tempat menarik di Melaka yang sesuai untuk datang bersama anak-anak untuk lawatan sambil belajar. Planetarium ini merupakan satu pusat pembelajaran yang sangat praktikal untuk kanak-kanak belajar tentang ilmu astronomi dan juga sains. Lokasi planetarium ini hanya terletak bersebelahan dengan Melaka International Trade Centre (MITC). Selain pameran dan permainan yang mencambahkan pemikiran anak-anak, anda juga boleh berkunjung ke panggung 3D untuk melihat video filem animasi menarik tentang angkasa dan ilmu astronomi.

al khawarizmi astronomy complex melaka
Al-Khawarizmi Astronomy Complex
– Merupakan sebuah kompleks yang terletak di Tanjung Bidara yang menempatkan pelbagai pameran tentang ilmu astronomi dan sains termasuk dengan peralatan astronomi Islam. Di sini juga pengunjung boleh mengenali dengan lebih dekat tokoh-tokoh astronomi Islam yang popular ketika zaman kegemilangan Islam seperti Al-Khawarizmi, Al-Kindi, Al-Battani, Al-Kindi, Al-Suffi dan sebagainya. Di sini juga ada panggung 3D yang menayangkan filem tentang ilmu astronomi yang sesuai sebagai destinasi lawatan sambil belajar samaada bersama keluarga ataupun dari sekolah.

rumah terbalik melaka
Galeri Rumah Terbalik Melaka –
Satu tarikan baru yang ada di Melaka yang terletak di Plaza Mahkota, Bandar Hilir Melaka. Ambik gambar dengan suasana sekeliling yang terbalik pasti sesuatu aktiviti yang unik untuk dicuba di Melaka. Staff-staff di sini akan membantu pengunjung bagaimana untuk mengambil gambar dari sudut dan cara yang betul agar hasil photo akan kelihatan sangat menarik.

menara taming sari di melaka
Menara Taming Sari –
Tempat menarik di Melaka yang agak baru dan terletak di sebelah Dataran Pahlawan Bandar Hilir. Pengunjung boleh menaiki menara ini yang menampakkan pemandangan kota Melaka dari aras yang tinggi. Menara ini akan naik ke atas secara berpusing 360 darjah secara perlahan-lahan tanpa pengunjung terasa pening kepala mahupun gayat. Wajib untuk anda cuba bersama anak-anak kalau pertama kali ke Melaka.

aktiviti yang menarik di melaka cuti
Melaka Duck Tour
– Satu tarikan menikmati keindahan bandaraya Melaka yang sangat unik. Pengunjung boleh menaiki kenderaan dua alam ini yang bermula dari Dataran Pahlawan dan seterusnya kenderaan ini akan memasuki air Pulau Melaka menyusuri Selat Melaka dan muara Sungai Melaka. Selain di Mid Valley, jarang kita menjumpai aktiviti sebegini di mana-mana destinasi pelancongan lain di Malaysia.

river cruise di melaka menarik
Melaka River Cruise
– Satu lagi aktiviti wajib bagi pengunjung yang datang ke Melaka adalah menyusuri Sungai Melaka untuk melihat keindahan kota Melaya dari bot. Waktu terbaik untuk menaiki bot ialah pada waktu malam kerana kurang panas dan pemandangan di sepanjang sungai juga lebih menarik kerana hiasan lampu-lampu neon yang berwarna-warni. Satu alternatif yang unik untuk menikmati keindahan bandaraya Melaka bagi mereka yang mungkin malas nak berjalan kaki atau menaiki beca roda tiga.

naik beca di melaka berhias
Menaiki Beca Roda Tiga Berhias
– Salah satu alternatif lain selain menggunakan bot untuk melihat keindahan bandar Melaka ialah dengan menaiki beca roda tiga berhias. Pemandu beca juga boleh membantu anda membawa dan mengenali tempat-tempat menarik di Melaka yang terkenal dengan lebih mudah. Tak perlu tergesa-gesa seperti menaiki bot atau bas kerana pengemudi beca khas untuk membawa anda sahaja tanpa perlu mengejar masa jadual perjalanan yang telah ditetapkan. Baru boleh menghayati keindahan bandar Melaka dengan lebih lama dengan cara anda tersendiri.

naik kereta lembu berhias melaka
Naik Kereta Lembu Berhias
– Salah satu budaya orang di Melaka sejak dahulu lagi ialah penggunaan kereta lembu sebagai salah satu alternatif kenderaan. Kini ianya menjadi salah satu tarikan pelancongan di Melaka yang agak menarik dan untuk merasai pengalaman menaiki kereta lembu ini, anda boleh ke Ayer Keroh berdekatan dengan Taman Botani Ayer Keroh dan Muzium Orang Asli.

monorel pelancongan di melaka
Monorel Pelancongan Sungai Melaka
– Pelancong juga boleh menaiki monorel yang dibina khas untuk menikmati keindahan bandar Melaka dan Sungai Melaka. Sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil dan ingin menikmati keindahan Melaka pada waktu siang tanpa perlu berjemur di tengah panas terik matahari. Salah satu alternanif yang lebih baik dan selesa selain menaiki river cruise terutamanya pada wahtu tengahari.

naik bas di melaka melancong
Hop on Hop Off Bus
– Salah satu cara untuk bergerak di bandar Melaka ialah dengan menaiki bas hop on hop off yang lebih fleksibel dan mudah untuk pelancong ke sesuatu tempat menarik di bandar Melaka.

Kalau bercuti pada hujung minggu mungkin tidak sempat untuk merasai kesemua tarikan di atas bersama anak-anak. Jadi rancanglah percutian anda ke Melaka dan pilihlah destinasi yang berkenan di hati berdasarkan lokasi penginapan anda dan juga bajet anda. Sekian Wassalam.