Tempat Membeli Belah yang menarik di Melaka

Bercakap mengenai tempat membeli belah di Melaka, pilihan destinasinya memanglah tidak sebanyak di Kuala Lumpur ataupun di Selangor. Namun sekiranya anda ingin cuci cuci mata dan membeli barangan harian, pakaian ataupun cenderahati sebagai ole-ole bolehlah berkunjung ke salah satu tempat shopping di bawah.

Destinasi di bawah ini memang sesuai untuk dilawati sebagai pelengkap percutian ke Melaka kelak.

beli belah jonker street melaka
Jonker Walk
– Tempat membeli ala pasar yang sesuai untuk mencari barangan cenderahati, barangan antik dan kraftangan. Banyak gerai dibuka di sepanjang Jonket Street dan kebiasaanya ditutup lewat malam pada hujung minggu. Boleh dikira satu destinasi yang ideal untuk anda luangkan masa cuci-cuci mata di sini pada waktu petang sehingga malam terutamanya di pasar malam pada hari Jumaat & Sabtu. Dari dahulu sampai sekarang memang banyak pembangunan di sekelilingnya yang kini banyak tumbuhnya shop lot, kedai barangan antik dan juga restoran-restoran.

melaka premium outlet shopping
Freeport A’Famosa Outlet
– Destinasi membeli belah di Alor Gajah, Melaka yang baru dibuka tahun 2015 dan menempatkan lebih 70 outlet fesyen, barangan sukan dan aksesori yang berjenama antarabangsa seperti G2000, Nike, PlayBoy, Vero Moda, Puma, Nike dan sebagainya. Destinasi ini dikatakan berkonsepkan ala-ala seperti JPO di Johor di mana barangan yang dijual di sini juga lebih murah dari kebanyakan destinasi lain. Ada juga sesetengah orang yang menggelarkan destinasi ini sebagai Melaka Premium Outlet. Selain itu, landskap sekitarnya yang mempunyai taman dan tasik serta binaan kompleks bangunannya juga sangat menarik walaupun hanya sekadar untuk bersiar-siar cuci cuci mata.

melaka parade membeli belah
Mahkota Parade
– Sebuah lagi shopping mall di Melaka yang popular dengan ciri reka bentuk Portugis & Belanda, namun tidaklah sebesar Dataran Pahlawan Mall. Di sini juga ada ratusan shop lot untuk membeli belah, food court dan restoran makan yang beraneka pilihan. Sering menjadi kunjungan warga setempat untuk jalan-jalan di hujung minggu samaada untuk makan-makan atau untuk hiburan seperti panggung wayang.

tempat beli cenderahati di melaka
Hatten Square Suites & Shoppes
– Sebuah pasaraya empat tingkat dan 7 tingkat tempat letak kereta yang hanya berada di dalam bandar Melaka di Jalan Merdeka. Kompleks membeli belah ini mempunyai banyak outlet kedai yang menjual produk terutamanya produk gaya hidup yang berjenama antarabangsa seperti Braun Buffel, H&M, Hello Fashion House, MHII dan sebagainya. Selain itu, bangunannya juga bersambung dengan tempat shopping lain yang terkenal di sini seperti Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.

dataran pahlawan di melaka
Dataran Pahlawan Megamall Melaka
– Sebuah shopping mall yang bersebelahan dengan Melaka Raya Mall dan bersambungan dengan Hotel Hatten melalui jambatan di aras 2. Mempunyai banyak lot kedai untuk shopping dan juga tempat makan yang menarik. Di dalam terdapat sebuah tempat membeli barangan cenderahati yang popular iaitu Heritage House. Lokasinya yang strategik di tengah bandaraya serta berdekatan dengan beberapa lagi tarikan membeli belah lain menjadikannya salah satu destinasi wajib untuk dilawati samaada untuk mencari barangan, lepak-lepak atau mungkin beli cenderahati.

mydin shopping mall melaka
Mydin Hypermarket
– Seperti juga di mana-mana pasaraya Mydin di Malaysia, destinasi ini merupakan destinasi membeli belah di Melaka yang popular untuk mencari barang harian ataupun untuk makan-makan yang terletak di Bandar Jasin Bestari, Mukim Ayer Panas. Seperti juga di pasaraya Mydin lain, ianya terkenal dengan tempat beli barangan harian dan pakaian yang murah yang boleh anda lawati kalau bermaustatin lama di Mukim Ayer Panas, Melaka.

melaka batik house
Melaka Batik House
– Bagi mereka yang sukakan fabrik dan kain batik samaada untuk dibeli sebagai cenderahati ataupun kenangan, anda boleh ke Melaka Batik House yang terletak di Ayer Keroh berdekatan dengan Melaka International Trade Centre. Destinasi ini dimiliki oleh Noor Arfa Batik Sdn. Bhd iaitu jenama batik yang sangat popular di Terengganu. Selain batik, pengunjung juga boleh membeli kain sutera, songket dan samping yang kualitinya sama seperti di Terengganu. Di sini juga pengunjung berpeluang untuk menyertai kelas atau demo cara mencanting batik dan mewarnanya.

tempat shopping best di melaka
Kota Fesyen
MITC – Terletak di Melaka International Trade Centre, Ayer Keroh, destinasi ini menempatkan deretan lot-lot kedai yang menjual tekstil dan kain-kain ela. Mungkin tidak semeriah dan sebesar di Gedung Tekstil di Nilai, tetapi masih mempunyai beberapa pilihan produk tekstil menarik untuk buat survey ataupun untuk dibeli sebagai buah tangan.

Itulah dia beberapa destinasi tempat membeli belah di Melaka yang popular dan boleh anda kunjungi samaada untuk shopping ataupun sekadar mencuci mata. Sekian, wassalam.